Document Controller Job DescriptionResponsibilities:
Menyusun timeline aktiviti tahunan syarikat bagi QMS ISO 9001:2015.
Memastikan semua dokumen, rekod, dan fail disimpan dengan betul mengikut keperluan QMS ISO 9001:2015.
Bantu dalam melatih dan memberi kesedaran kepada semua kakitangan mengenai QMS ISO 9001:2015.
Mengumpulkan dan lengkapkan dapatan audit untuk kesesuaian dan ketidaksesuaian semua jabatan dan pastikan setiap dapatan audit ditutup mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
Menyemak analisis maklum balas untuk setiap program.
Mengetuai audit dalaman QMS ISO 9001:2015 yang dijalankan di MISB.
Membantu dalam audit dalaman dan luaran QMS ISO 9001:2015 di dalam syarikat.
Membantu staff dalam menulis arahan kerja, prosedur, garis panduan, dan borang.
Memastikan perancangan tahunan dan kawalan QMS ISO 9001:2015 dilaksanakan.
Mendapatkan, menganalisis dan mengukur pencapaian penambahbaikan risiko dan peluang bagi setiap jabatan di syarikat.
Mengemaskini kualiti manual dan dokumen-dokumen di bawah QMS ISO 9001:2015 agar selari dengan proses servis dan perkhidmatan yang dijalankan di syarikat.Modul:
Berhubung dengan pengurus untuk menentukan keperluan latihan dan menjadualkan sesi latihan.
Bertanggungjawab untuk mengkaji tren pemasaran media sosial, kajian kes, dan isu berkaitan dengan pemasaran digital.
Menyediakan bahan pendidikan seperti ringkasan modul, video, slide dan kajian kes.Majalah:
Menulis transkrip dari kelas yang dijalankan oleh CEO, menentukan keperluan, dan membuat persiapan untuk menukarkannya menjadi artikel di dalam majalah.
Menyusun point dan content yang diperlukan di dalam Ebook majalah sebelum menghantar kepada grafik untuk dijadikan sebagai majalah.
Bertanggungjawab untuk ilustrasi, logo, dan sebagainya menggunakan Canva untuk kulit majalah dan artikel.
Menyemak susunan, ayat, kesesuaian gambar dan point serta memastikan penggunaan ejaan, tatabahasa, dan hasil pembelajaran yang betul di dalam majalah.Wikipedia:
Mendapatkan maklumat pelanggan atau usahawan yang hendak dituliskan.
Mendapatkan bahan bukti yang boleh dipercayai dan berbentuk fakta untuk menguatkan penulisan artikel di Wikipedia daripada pelanggan sendiri atau sumber-sumber lain.
Menuliskan dan menyunting penulisan artikel di laman Wikipedia.#J-18808-Ljbffr