Azzahrawi Education Group Sdn Bhd (AEGSB) adalah sebuah institusi pendidikan persendirian yang menjalankan pelbagai perkhidmatan antaranya ialah Pusat Transit Az-Zahrawi, Taska Izz Kiddy, Prasekolah Permata Cilik Az-Zahrawi, Sekolah Rendah Islam Az-Zahrawi dan Sekolah Menengah Az-Zahrawi.
Semua institusi pendidikan kami berada di tiga lokasi iaitu di Bandar Setia Alam, Bandar Puncak Alam dan Bandar Hillpark. Kami mempunyai sekitar 900 orang pelajar dan lebih 100 orang kakitangan.
Sehubungan itu, pihak kami mencari mereka yang berkelayakan, komited, berinisiatif tinggi, kreatif dan mempunyai semangat positif serta berkebolehan untuk menjadi sebahagian dari organisasi kami dalam mendidik dan mendokong perkembangan para pelajar di bawah sekolah -sekolah swasta kendalian kami ini iaitu :
Sekolah Rendah Islam Az-Zahrawi Puncak AlamSekolah Rendah Islam Az-Zahrawi Hillpark Bidang tugas asas seorang guru : Mengajar subjek-subjek KSSR (silibus KPM)Mengajar subjek-subjek diniyyah, PSRA & UPKK (silibus JAIS dan JAKIM)Membuat tugasan persediaan dan laporan rutin perguruan.Menjadi guru kelas dan lain-lain jawatan berkaitan.Mengetuai program dan aktiviti anjuran sekolah berkaitan perkembangan akademik, sahsiah dan bakat.Menjalankan tugas ko-kurikulum dan menyelia aktiviti sukan. Kelayakan adalah seperti berikut : Ijazah sarjana muda atau diploma dari institusi pengajian tinggi yang diiktiraf MQA.Calon yang mempunyai pengalaman mengajar di sekolah rendah kerajaan atau swasta mempunyai kelebihan.Calon yang cekap dan fasih berbahasa Inggeris mempunyai kelebihan.Calon yang mempunyai latar belakang dan kebolehan berbahasa arab mempunyai kelebihan.Boleh membaca al-Quran dengan fasih.Calon dengan pengalaman mengajar dan mempunyai prestasi yang baik boleh dipertimbangkan gaji permulaan yang lebih menarik.Bersedia memulakan tugas pada 3 FEBRUARI 2025.
Untuk memohon, e-mel permohonan lengkap bersama dokumen berikut ke ********
Tajuk emel (contoh) : Permohonan Jawatan Guru di Sekolah Rendah Islam Az-Zahrawi Puncak Alam atau Hillpark.Surat rasmi permohonan jawatan.Resume peribadi yang terkini dengan gambar berwarna ukuran passport.Sampel rakaman pengajaran mikro (micro mock teaching berdurasi 10 hingga 20 minit berdasarkan apa-apa subjek dan sukatan sekolah rendah) atau sekiranya tiada, sesi mock teaching akan dijalankan semasa sesi temu duga.
Tarikh tutup permohonan : 30 DISEMBER 2024.
Tarikh temu duga : 1 DISEMBER 2024 - 15 JANUARI 2025.
Tarikh lapor diri : 3 FEBRUARI 2025.