Juruservis Hygiene & Pest Control - Temuduga Terbuka 20/11 (Bayan Lepas)

Details of the offer

Requirements Dalam peranan ini, anda akan bertanggungjawab untuk: Juruservis Hygiene: Melakukan servis berkaitan dengan Hygiene seperti menambah dan mengantikan tisu tandas, sabun basuh tangan, hand sanitizer, toilet sanitizer, pewangi udara dan penukaran alas kaki pelbagai saiz di premis-premis pelanggan kami sekitar Penang Island Juruservis Pest Control: Melakukan servis kawalan makhluk perosak seperti semburan, pewasapan, dan pemasangan perangkap untuk menghapus dan mengawal pembiakan lipas, semut, anai-anai, nyamuk, tikus, lalat, kekaltu, dan haiwan-haiwan perosak yang lain Mencari peluang untuk menambah pendapatan sampingan dengan mempromosikan perkhidmatan Syarikat dengan sebaik mungkin di bawah bimbingan Penyelia. Memberi sokongan kepada Penyelia dan pasukan dalam pelaksanaan tugas. Membina dan mengekalkan hubungan yang baik dengan pelanggan-pelanggan. Memberi laporan yang betul dan tepat pada masanya apabila diarahkan oleh Penyelia. Menyerahkan wang kutipan servis (jika ada) dengan kadar yang segera atau dalam masa dua (2) hari. Hadir dan melibatkan diri di dalam perjumpaan/taklimat/mesyuarat mingguan/bulanan yang diadakan oleh pengurusan cawangan anda. Tugas-tugas lain yang berkaitan dengan pekerjaan yang mungkin diberikan kepada anda dari semasa ke semasa. SEMUA JANTINA DARI PELBAGAI BANGSA ADALAH DIGALAKKAN UNTUK MEMOHON JAWATAN INI
Calon yang ideal memiliki: Kelayakan pelajaran minimum SPM/ Sijil Kemahiran dan sijil pelajaran dalam versi asal (original) mesti dikemukakan semasa menghadiri temuduga. Berumur antara 21 dan 35 tahun (35 tahun ke atas masih boleh dipertimbangkan sekiranya mempunyai pengalaman di dalam industri yang berkaitan). Mempunyai lesen D dan/atau GDL yang sah. Minat melakukan kerja servis dan kerja luar (outdoor). Menetap di kawasan berdekatan. Pengambilan pekerja asing bergantung kepada kelulusan pihak berkuasa tempatan dan tertakluk pada permohonan visa mereka sendiri. Sangat Diingini Jika Anda: Mempunyai sifat ingin belajar. Pengalaman tidak diperlukan kerana latihan insentif akan disediakan. Berdisiplin dan mampu mematuhi semua polisi dan dasar Syarikat. Berupaya untuk berbahasa Melayu dan juga memahami bahasa Inggeris mudah (penulisan dan percakapan). Boleh menggunakan telefon pintar dan celik IT/teknologi. Benefits Ganjaran dan Faedah Gaji pokok yang menarik, pelbagai jenis elaun dan insentif (bergantung kepada prestasi anda). Fleksibiliti dan kepercayaan untuk menggunakan van syarikat bagi tujuan kerja. Kad petrol juga disediakan. Faedah rawatan pesakit luar. Caruman KWSP, PERKESO & SIP. Pakaian seragam percuma (baju, seluar, topi, t-shirt, sarung kaki, kasut keselamatan, dan alat keselamatan kerja). Telefon bimbit dan/atau kad sim untuk kegunaan kerja (bagi yang berkelayakan). Pelbagai anugerah berkenaan kecemerlangan kerja, aktiviti korporat, dan inisiatif untuk kebajikan pekerja. Anda akan dialu-alukan oleh rakan-rakan sekerja yang ramah, mantap, berdaya saing, bermotivasi tinggi, dan fokus untuk mencapai matlamat dan hasil.
Jadi, tunggu apa lagi? Ayuh, mari sertai pasukan kami dengan MEMOHON SEKARANG! Peluang Sama Rata Rentokil Initial percaya dalam menyokong semua pekerja dengan menyediakan peluang yang sama dan mengelakkan diskriminasi. Kami juga memberi penekanan kepada kepelbagaian di tempat kerja. Ini bermaksud, kami serius untuk mewujudkan persekitaran yang inklusif yang menerima perbezaan setiap individu, menghargai kekuatan mereka dan memberikan peluang kepada semua rakan sekerja untuk mencapai potensi penuh mereka. Adakah anda ingin menyediakan perkhidmatan profesional yang bernilai untuk komuniti anda? Adakah anda yakin yang anda mampu melakukan kerja ini dengan baik? Mohonlah hari ini!
Lokasi cawangan ini:
Rentokil Initial (M) Sdn Bhd No. 1, Jalan Sungai Tiram 7, Taman Perusahaan Nyaman Mutiara, 11900 Bayan Lepas, Penang.
Temuduga Terbuka pada Rabu, 20hb November 2024 Berminat sila whatsapp ********


Nominal Salary: To be agreed

Source: Grabsjobs_Co

Job Function:

Requirements

Senior Medical Physicist

Job Description: Manage the day-to-day operation of Radiation Oncology services and ensuring the most effective use of resources to meet customer's need.Supe...


Bagan Specialist Centre Sdn. Bhd. - Pahang

Published a month ago

Technical Internship

• Assisting Technical Team in technical support, training, documentation, process and systems implementation and software and hardware maintenance. • Team c...


Cadvision Systems Sdn Bhd - Pahang

Published a month ago

Sr Microbiologist (Sterilization)

The Company Dexcom Corporation (NASDAQ DXCM) is a pioneer and global leader in continuous glucose monitoring (CGM). Dexcom began as a small company with a bi...


Dexcom - Pahang

Published a month ago

Technician, Solder Joint Analysis

Job Description Solder Joint Analysis (SJA) for NPI and sustaining testing phase Utilize FA tools such as X-ray, oscilloscope, curve tracer, microscope, CSAM...


Western Digital - Pahang

Published 23 days ago

Built at: 2024-11-21T14:49:41.573Z