Juruservis Wanita (Hygiene) - Ipoh

Details of the offer

Dalam peranan ini, anda akan bertanggungjawab untuk: Melakukan servis berkaitan dengan Hygiene seperti menukar beg plastik di dalam disposal bin untuk feminine hygiene products di dalam tandas, memastikan disposal bin berfungsi dengan baik,mengekalkan kadar kebersihan dan sanitasi bin dan sebagainya. Mencari peluang untuk menambah pendapatan sampingan dengan mempromosikan perkhidmatan Syarikat dengan sebaik mungkin di bawah bimbingan Penyelia. Memberi sokongan kepada Penyelia dan pasukan dalam pelaksanaan tugas. Membina dan mengekalkan hubungan yang baik dengan pelanggan-pelanggan. Memberi laporan yang betul dan tepat pada masanya apabila diarahkan oleh Penyelia. Hadir dan melibatkan diri di dalam perjumpaan/taklimat/mesyuarat mingguan/bulanan yang diadakan oleh pengurusan cawangan anda. Tugas-tugas lain yang berkaitan dengan pekerjaan yang mungkin diberikan kepada anda dari semasa ke semasa. SEMUA JANTINA DARI PELBAGAI BANGSA ADALAH DIGALAKKAN UNTUK MEMOHON JAWATAN INI Calon yang ideal memiliki: Kelayakan pendidikan minimum tahap SPM/setaraf dengannya dan sijil asal perlu dikemukakan semasa permohonan. Warganegara Malaysia dan berumur antara 21 dan 35 tahun (35 tahun ke atas masih boleh dipertimbangkan sekiranya mempunyai pengalaman di dalam industri yang berkaitan). Mempunyai Lesen D dan/atau GDL yang sah. Minat melakukan kerja servis dan kerja luar (outdoor). Menetap di kawasan berdekatan. Sangat Diingini Jika Anda: Mempunyai sifat ingin belajar. Pengalaman tidak diperlukan kerana latihan insentif akan disediakan. Berdisiplin dan mampu mematuhi semua polisi dan dasar Syarikat. Berupaya untuk berbahasa Melayu dan juga memahami bahasa Inggeris mudah (penulisan dan percakapan). Boleh menggunakan telefon pintar dan celik IT/teknologi. Ganjaran dan Faedah Gaji pokok yang menarik, pelbagai jenis elaun dan insentif (bergantung kepada prestasi anda). Fleksibiliti dan kepercayaan untuk menggunakan van syarikat bagi tujuan kerja. Kad petrol juga disediakan. Insurans kemalangan, nyawa, dan kemasukan hospital. Faedah rawatan pesakit luar. Faedah rawatan mata dan gigi. Caruman KWSP, PERKESO & SIP. Pakaian seragam percuma (baju, seluar, topi, t-shirt, sarung kaki, kasut keselamatan, dan alat keselamatan kerja). Telefon bimbit dan/atau kad sim untuk kegunaan kerja (bagi yang berkelayakan). Pelbagai anugerah berkenaan kecemerlangan kerja, aktiviti korporat, dan inisiatif untuk kebajikan pekerja. Anda akan dialu-alukan oleh rakan-rakan sekerja yang ramah, mantap, berdaya saing, bermotivasi tinggi, dan fokus untuk mencapai matlamat dan hasil.
Jadi, tunggu apa lagi? Ayuh, mari sertai pasukan kami dengan MEMOHON SEKARANG! Peluang Sama Rata Rentokil Initial percaya dalam menyokong semua pekerja dengan menyediakan peluang yang sama dan mengelakkan diskriminasi. Kami juga memberi penekanan kepada kepelbagaian di tempat kerja. Ini bermaksud, kami serius untuk mewujudkan persekitaran yang inklusif yang menerima perbezaan setiap individu, menghargai kekuatan mereka dan memberikan peluang kepada semua rakan sekerja untuk mencapai potensi penuh mereka. Adakah anda ingin menyediakan perkhidmatan profesional yang bernilai untuk komuniti anda? Adakah anda yakin yang anda mampu melakukan kerja ini dengan baik? Mohonlah hari ini!
Address: Rentokil Initial (M) Sdn Bhd.   
No. 22A & 26 Lebuh Perusahaan Klebang 9, Kawasan Perusahaan Klebang IGB, 31200 Chemor, Perak.


Nominal Salary: To be agreed

Source: Grabsjobs_Co

Job Function:

Requirements

Dentist

About the role Klinik Pergigian Dr Nurfazillah is seeking an experienced and dedicated Dentist to join our team in Kota Kinabalu, Sabah. As a Dentist, you wi...


Klinik Pergigian Dr Nurfazillah - Perak

Published a month ago

Pharmacist (Kota Kinabalu)

Job Scope: -Provide professional medical consultation and healthcare advices to all the customers -Provide excellent service and maintain good relationsh...


Health Lane Family Pharmacy Sdn Bhd - Perak

Published a month ago

Optometric Nurse - Fresh Graduate

JobResponsibilities Conduct thorough assessments of patients' eyehealth, including medical history and currentsymptoms.Support ophthalmologists duringsurgica...


Lec Eye Centre Sdn Bhd - Perak

Published 25 days ago

Site Safety Supervisor - Part-Time

RESPONSIBILITIES Supervise and manage daily site activities to ensure smooth operations.  Monitor work progress and ensure compliance with project specificat...


Nilam Adil Sdn Bhd - Perak

Published 25 days ago

Built at: 2024-11-24T10:18:00.734Z