Juruservis Wanita (Pest Control) - Klang Valley

Details of the offer

Rentokil Initial adalah sebuah syarikat perkhidmatan perniagaan antarabangsa yang mempunyai lebih dari 66,000 rakan sekerja di 70 buah negara.
Kami berusaha untuk melindungi orang ramai dan meningkatkan taraf kehidupan yang lebih baik, contohnya dengan mengawal makhluk perosak dan meningkatkan mutu kebersihan.
Kami pakar dalam bidang kami dan melabur dalam latihan, sains, inovasi dan teknologi.
Mendengar dan bertindak di atas maklum balas adalah sebahagian daripada budaya kami untuk menyokong rakan sekerja dan pelanggan kami.
Rentokil Initial menganggap kesetaraan dan keadilan adalah hak asasi semua rakan sekerjanya.
Kami terapkan nilai-nilai Perkhidmatan, Hubungan dan Kerja berpasukan yang kami telah tanam ke dalam diri rakan-rakan sekerja kami di seluruh dunia.
Ketahui dengan lebih lanjut di careers.rentokil-initial.com Requirements Dalam peranan ini, anda akan bertanggungjawab untuk: Melakukan servis kawalan makhluk perosak seperti semburan, pewasapan, dan pemasangan perangkap untuk menghapus dan mengawal pembiakan lipas, semut, anai-anai, nyamuk, tikus, lalat, kekaltu, dan haiwan-haiwan perosak yang lain.
Memberi sokongan kepada Penyelia dan pasukan dalam pelaksanaan tugas.
Membina dan mengekalkan hubungan yang baik dengan pelanggan-pelanggan.
Memberi laporan yang betul dan tepat pada masanya apabila diarahkan oleh Penyelia.
Tugas-tugas lain yang berkaitan dengan pekerjaan yang mungkin diberikan kepada anda dari semasa ke semasa.
SEMUA JANTINA DARI PELBAGAI BANGSA ADALAH DIGALAKKAN UNTUK MEMOHON JAWATAN INI Calon yang ideal memiliki: Kelayakan pelajaran sekurang-kurangnya tahap SPM.
Sijil SPM dan Sijil Tamat Sekolah versi asal (original) diperlukan untuk memohon jawatan ini.
Kewarganegaraan Malaysia.
Berumur antara 21 dan 35 tahun (36 tahun ke atas masih boleh dipertimbangkan sekiranya mempunyai pengalaman di dalam industri Pest Control).
Mempunyai lesen B2, D, dan GDL yang sah.
Minat melakukan kerja servis dan kerja luar (outdoor).
Menetap di kawasan berdekatan.
Sangat Diingini Jika Anda: Mempunyai sifat ingin belajar.
Pengalaman tidak diperlukan kerana latihan insentif akan disediakan.
Berdisiplin dan mampu mematuhi semua polisi dan dasar Syarikat.
Berupaya untuk berbahasa Melayu dan juga memahami bahasa Inggeris mudah (penulisan dan percakapan).
Boleh menggunakan telefon pintar dan celik IT/teknologi.
Benefits Ganjaran dan Faedah Gaji pokok yang menarik, pelbagai jenis elaun dan insentif (bergantung kepada prestasi anda).
Fleksibiliti dan kepercayaan untuk menggunakan van syarikat bagi tujuan kerja.
Kad petrol juga disediakan.
Insurans kemalangan, nyawa, dan kemasukan hospital.
Faedah rawatan pesakit luar.
Faedah rawatan mata dan gigi.
Caruman KWSP, PERKESO & SIP.
Pakaian seragam percuma (baju, seluar, topi, t-shirt, sarung kaki, kasut keselamatan, dan alat keselamatan kerja).
Telefon bimbit dan/atau kad sim untuk kegunaan kerja (bagi yang berkelayakan).
Pelbagai anugerah berkenaan kecemerlangan kerja, aktiviti korporat, dan inisiatif untuk kebajikan pekerja.
Anda akan dialu-alukan oleh rakan-rakan sekerja yang ramah, mantap, berdaya saing, bermotivasi tinggi, dan fokus untuk mencapai matlamat dan hasil.
Jadi, tunggu apa lagi?
Ayuh, mari sertai pasukan kami dengan MEMOHON SEKARANG!
Peluang Sama Rata Rentokil Initial percaya dalam menyokong semua pekerja dengan menyediakan peluang yang sama dan mengelakkan diskriminasi.
Kami juga memberi penekanan kepada kepelbagaian di tempat kerja.
Ini bermaksud, kami serius untuk mewujudkan persekitaran yang inklusif yang menerima perbezaan setiap individu, menghargai kekuatan mereka dan memberikan peluang kepada semua rakan sekerja untuk mencapai potensi penuh mereka.
Adakah anda ingin menyediakan perkhidmatan profesional yang bernilai untuk komuniti anda?
Adakah anda yakin yang anda mampu melakukan kerja ini dengan baik?
Mohonlah hari ini!
Lokasi cawangan ini: Rentokil Initial (M) Sdn Bhd.  No.
7 Jalan Utarid U5/13, Seksyen U5, 40150 Shah Alam


Nominal Salary: To be agreed

Source: Talent_Ppc

Job Function:

Requirements

Lorry Driver ( 1 Tan) Cum Store Keeper

Syarat Kelayakan : Memiliki Lesen GDL yang masih belum tamat tempoh.Had Umur : Tidak melebihi umur 45 tahun.Driver Lorry yang berpengalaman di utamakan.Tahap...


Tenacore Technology Sdn. Bhd. - Selangor

Published a month ago

Kerani Pentadbiran (Warehouse)

Kerani Pentadbiran Tanggungjawab : Data key in for inventory and purchasing WarehouseBertanggungjawab tugas tugas pentadbiran pejabatBertanggungjawab akan h...


Soru Group Sdn Bhd - Selangor

Published a month ago

Pemandu Peribadi (Personal Driver)

SKOP KERJA: Menghantar majikan dan keluarga / pihak berkenaan ke tempat-tempat yang ditetapkan (local & outstation).Menyelesaikan sebarang tugasan yang diber...


N/A - Selangor

Published a month ago

Driver Cum Storekeeper

Responsibilities Safelytransport company executives to and fromdestinations.Regularly wash and detail the carto keep it clean and presentable, both inside an...


Penta Engineering Services Sdn. Bhd. - Selangor

Published a month ago

Built at: 2024-11-15T15:26:04.337Z