PRISM+ sedang mencari CEILING FAN TECHNICIAN yang memberi perhatian kepada kepuasan pelanggan serta mengangkut barang dengan berhati-hati dan tepat pada masanya.
TECHNICIAN ini akan mengambil dan menghantar barang sambil mematuhi laluan dan jadual waktu yang ditetapkan.
Untuk berjaya sebagai CEILING FAN TECHNICIAN, anda perlu bersikap sopan dengan komitmen untuk memberikan pengalaman yang cemerlang kepada pelanggan kami.
Anda harus teliti dalam memastikan pesanan dipenuhi dengan betul.
Tanggungjawab: Memuat, mengangkut, dan menghantar item kepada pelanggan atau perniagaan dengan selamat dan tepat pada masanya.
Menyemak pesanan sebelum dan selepas penghantaran untuk memastikan bahawa pesanan adalah lengkap, caj adalah betul, dan pelanggan berpuas hati.
Memberikan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang, menjawab soalan, dan mengendalikan aduan daripada pelanggan.
Menilai & menentukan lokasi paling sesuai di mana ceiling fan akan dipasang.
Memastikan bahawa ceiling cukup kuat untuk menyokong berat kipas.
Memasang dan menyusun kipas ceiling, menyambungkan ke sistem elektrik, dan memasangnya dengan selamat dan efisien pada ceiling.
Menguji kipas ceiling setelah selesai pemasangan dan ia berfungsi dengan baik dan tiada isu elektrik atau mekanikal.
Membersihkan lokasi selepas pemasangan selesai, termasuk membuang sebarang sisa atau bahan pembungkusan.
Memberikan nasihat dan panduan kepada pelanggan tentang cara pengendalian kipas , serta menjawab sebarang soalan mudah pengguna.
Menyediakan pelbagai perkhidmatan elektrik, termasuk tetapi tidak terhad kepada menarik wayar elektrik & memasang suis.
Mematuhi segala undang-undang jalanraya dan mengekalkan rekod pemanduan yang bersih.
Melaporkan secara harian dan mingguan kepada supervisor.
Lain-lain tugas apabila diperlukan oleh supervisor & syarikat.
Requirements Keperluan: Berpengalaman dalam pemasangan, penyelenggaraan dan pembaikan kipas ceiling adalah satu kelebihan.
Pengalaman sebagai handyman adalah satu kelebihan.
Mampu berjalan, memandu, mengangkat dan membawa barang berat untuk tempoh yang panjang.
Lesen memandu GDL diperlukan dan mampu memandu van 9 kaki.
Pengalaman minimum 1 tahun adalah diutamakan.
Selesa dengan bekerja 5.5 hari seminggu (Isnin hingga Sabtu).