SYARAT LANTIKAN : Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang kejuruteraaan awam atau kejuruteraaan mekanikal yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi-institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta yang diiktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta mempunyai Himpunan Purata Nilai Mata (CGPA 3.00 dan ke atas) yang cemerlang;Memiliki minima lima belas (15) tahun pengalaman dalam bidang kejuruteraan awam atau kejuruteraan mekanikal serta mempunyai sekurang-kurangnya sepuluh (10) tahun pengalaman berkaitan sistem bekalan air;Keutamaan bagi yang berdaftar sebagai Jurutera Profesional dengan Lembaga Jurutera dalam bidang kejuruteraan berkaitan;Lulus kursus / latihan dan / atau ujian yang ditetapkan oleh Syarikat;Boleh bertugas / bertukar di mana lokasi yang ditetapkan oleh Syarikat. SYARAT TAMBAHAN : Keutamaan Anak Melaka atau pasangan atau ibu bapa berasal dari Melaka;Tiada hubungan kekeluargaan dengan anggota yang bekerja di SAMB (pasangan, ibu bapa, anak, adik-beradik termasuk ipar). BIDANG TUGAS UTAMA : Menyelaras pembangunan pelan perniagaan dan perlaksanaan strategik perancangan jangka panjang dan jangka pendek selaras dengan keperluan Akta IPA 2006 yang berkaitan;Memperakukan permohonan bekalan air bagi projek pembangunan Negeri Melaka;Menyelaras projek-projek bekalan air dalam Negeri Melaka di bawah Rancangan Malaysia;Menyelaras laporan projek dan membentangkan status kepada Pengurusan Tertinggi;Menganalisa data untuk penilaian prestasi projek dan membuat keputusan untuk meningkatkan kecekapan operasi dan pulangan kos;Mengawasi perancangan, penjadualan dan pemantauan projek mengikut bajet serta spesifikasi yang ditetapkan;Bekerjasama dengan pihak berkepentingan dalaman dan luaran dalam memastikan komunikasi yang berkesan dalam mencapai matlamat;Menyelia dan menyelaras Jabatan.