SYARAT LANTIKAN : Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang kejuruteraan mekanikal yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi-institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta yang diiktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta mempunyai Himpunan Purata Nilai Mata (CGPA 3.00 dan ke atas) yang cemerlang;Memiliki minima sepuluh (10) tahun pengalaman dalam bidang mekanikal dan elektrikal serta sekurang-kurangnya lima (5) tahun pengalaman dalam bidang pengurusan;Memiliki minima sepuluh (10) tahun pengalaman dalam mengendalikan kejuruteraan, menguruskan tenaga kerja, pemeriksaan, Risk Based Inspection (RBI), Reliability Engineering, Root Cause Analysis (RCA), Reliability Centred Maintenance (RCM) dan pengurusan Integriti Aset;Memiliki pengalaman untuk memimpin dan melaksanakan Condition Based Monitoring (CBM);Mahir penggunaan instrumen kebolehpercayaan (reliability tools) seperti RCM, RCA, LAA, MTBF, Equipment Reliability Analysis, Vibration Analysis, Thermography and Oil Analysis;Memiliki pengalaman dalam projek pemulihan peralatan dalam rotation/static dan elektrik serta instrumentasi;Mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang Akta Bekalan Elektrik 1990 dan apa-apa peraturan yang di bawahnya;Keutamaan bagi yang berdaftar sebagai Jurutera Profesional dengan Lembaga Jurutera dalam kejuruteraan mekanikal;Keutamaan bagi yang memiliki Certified Vibration Analyst & Infrared Themography;Keutamaan bagi yang memiliki persijilan Vibration Analyst Certification;Lulus kursus / latihan dan / atau ujian yang ditetapkan oleh Syarikat;Boleh bertugas / bertukar di mana lokasi yang ditetapkan oleh Syarikat. SYARAT TAMBAHAN : Keutamaan Anak Melaka atau pasangan atau ibu bapa berasal dari Melaka;Tiada hubungan kekeluargaan dengan anggota yang bekerja di SAMB (pasangan, ibu bapa, anak, adik-beradik termasuk ipar). BIDANG TUGAS UTAMA : Bertanggungjawab memacu inisiatif penjimatan kos seperti pengurusan tenaga dan pengurusan penyelenggaraan;Bertanggungjawab dalam memastikan pengendalian sesuatu pepasangan elektrik mengikut sekatan voltan kekompetenannya;Bertanggungjawab untuk merancang, mengurus serta mengatur kerja-kerja melibatkan kejuruteraan mekanikal, elektrikal serta instrumen mematuhi amalan kejuruteraan yang baik;Bertanggungjawab memimpin pasukan kejuruteraan mekanikal dengan mewujudkan pelan halatuju pembangunan kejuruteraan ke arah pengurusan air yang cekap dan berkesan;Bertanggungjawab dalam memastikan pengendalian sesuatu pepasangan elektrik mengikut sekatan voltan kekompetenannya;Bertanggungjawab untuk merancang, mengurus serta mengatur kerja-kerja melibatkan kejuruteraan mekanikal, elektrikal serta instrumen mematuhi amalan kejuruteraan yang baik;Bertanggungjawab memimpin pasukan kejuruteraan mekanikal dengan mewujudkan pelan halatuju pembangunan kejuruteraan ke arah pengurusan air yang cekap dan berkesan;Bertanggungjawab untuk menyelia semua fungsi kejuruteraan di semua loji rawatan air dan rumah-rumah pam;Bertanggungjawab untuk mengenalpasti dan melaksanakan preventive & corrective maintenance serta pelan tindakan bagi kerja-kerja kecemasan;Bertanggungjawab mengoptimumkan keperluan alat-alat ganti dengan kos minimum serta memastikan dalam keadaan bersedia;Bertanggungjawab memastikan kerja-kerja membaik pulih alat ganti bagi mengurangkan kos pembaikan dan penyelenggaraan;Bertanggungjawab menyediakan analisa dan laporan permasalahan operasi teknikal bagi tindakan penambahbaikan berterusan;Bertanggungjawab mengoptimumkan kos penyelenggaraan, anggota kerja serta peralatan selaras dengan objektif Syarikat;Bertanggungjawab untuk mengenalpasti keperluan kompetensi latihan anggota kerja bahagian yang perlu dilatih.