1.
Mempromosikan Produk Secara Langsung
• Mengacara sesi live streaming untuk mempromosikan produk fesyen muslimah butik, termasuk pakaian, aksesori, beg tangan, da n lain-lain.
• Menjelaskan ciri-ciri produk seperti jenis kain, ukuran, warna, cara penjagaan, serta kelebihan produk kepada audiens secara interaktif dan menarik.
2.
Berinteraksi dengan Audiens
• Berinteraksi secara langsung dengan penonton melalui sesi soal jawab, menjawab pertanyaan mengenai produk, dan menerima maklum balas secara spontan.
• Mendorong penonton untuk memberi komen, bertanya soalan, atau melakukan pembelian terus melalui platform yang sedang digunakan seperti Shopee Live, Instagram, atau Facebook.
3.
Muatnaik Kandungan Live yang Menarik
• Merancang dan menyusun skrip atau garis panduan untuk sesi live supaya berjalan dengan lancar.
Ini termasuk memikirkan cara untuk memperkenalkan produk baru, promosi terkini, dan acara butik.
• Membuat peragaan pakaian secara langsung (live modeling) atau menunjukkan cara untuk memadankan pakaian dengan aksesori bagi memberikan inspirasi kepada penonton.
4.
Meningkatkan Penglibatan dan Jualan
• Menggalakkan penonton untuk membuat pembelian secara langsung melalui tawaran promosi, diskaun eksklusif, atau giveaway semasa sesi live.
• Membuat pengumuman khas tentang promosi atau pelancaran produk eksklusif yang hanya tersedia semasa sesi live untuk meningkatkan minat dan penglibatan penonton.
5.
Pengurusan Masa dan Jadual Sesi Live
• Mengatur jadual siaran langsung mengikut kalendar promosi butik dan memastikan setiap sesi dimulakan tepat pada masanya.
• Berkoordinasi dengan pasukan untuk memastikan produk yang dipromosikan tersedia dan stok dikemas kini sebelum sesi bermula.
Faedah:
1.
Allowance
2.
KWSP, EIS, SOCSO
3.
Medical claim
4.
Annual leave
5.
Commission
Kriteria:
1.
Solat 5 waktu
2.
Keutamaan kepada calon yang mempunyai laptop & telefon
3.
Muslim sahaja
4.
Boleh mula bekerja dalam keadaan segera