Dalam peranan ini, anda akan bertanggungjawab untuk:
Melakukan servis berkaitan denganHygiene sepertipenukaran alas kaki pelbagai saiz di premis-premis pelanggan kami sekitar Kuala Lumpur.
Memberi sokongan kepada Penyelia dan pasukan dalam pelaksanaan tugas.
Memberi laporan yang betul dan tepat pada masanya apabila diarahkan oleh Penyelia.
Menyerahkan wang kutipan servis (jika ada) dengan kadar yang segera atau dalam masa dua (2) hari.
Hadir dan melibatkan diri di dalam perjumpaan/taklimat/mesyuarat mingguan/bulanan yang diadakan oleh pengurusan cawangan anda.
Kelayakan:
Kelayakan pelajaran minimum tahap SPM dan harus dikemukakan semasa menghadiri temuduga.
Warganegara Malaysia, berumur antara 21 hingga 35 tahun (36 tahun & keatas akan dipertimbangkan jika mempunyai pengalaman kerja di industri Hygiene).
Mempunyai lesen GDL yang sah/ dalam proses mengambil lesen GDL.
Minat melakukan kerja servis dan kerja luar (outdoor).
Mempunyai sifat ingin belajar. Pengalaman tidak diperlukan kerana latihan insentif akan disediakan.
Faedah:
Gaji pokok yang menarik, pelbagai jenis elaun dan insentif (bergantung kepada prestasi anda).
Insurans kemalangan, nyawa, dan kemasukan hospital.
Faedah rawatan mata dan gigi.
Pakaian seragam percuma (baju, seluar, topi, t-shirt, sarung kaki, kasut keselamatan, dan alat keselamatan kerja).
Pelbagai anugerah berkenaan kecemerlangan kerja, aktiviti korporat, dan inisiatif untuk kebajikan pekerja.
Rentokil Initial percaya dalam menyokong semua pekerja dengan menyediakan peluang yang sama dan mengelakkan diskriminasi. Kami juga memberi penekanan kepada kepelbagaian di tempat kerja. Ini bermaksud, kami serius untuk mewujudkan persekitaran yang inklusif yang menerima perbezaan setiap individu, menghargai kekuatan mereka dan memberikan peluang kepada semua rakan sekerja untuk mencapai potensi penuh mereka. Adakah anda ingin menyediakan perkhidmatan profesional yang bernilai untuk komuniti anda? Adakah anda yakin yang anda mampu melakukan kerja ini dengan baik? Mohonlah hari ini!#J-18808-Ljbffr